Pergi ke kandungan

MDTV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MDTV
JenisStesen televisyen terestrial
Negara Indonesia
Kawasan penyiaranNasional
Ibu pejabat Indonesia
MD Place, Jl. Setiabudi Selatan No. 7, Jakarta Selatan, Indonesia
Pengaturcaraan
Format gambar1080i HDTV 16:9
Pemilikan
Pertubuhan indukMDTV Media Technologies
Saluran saudaraIndika TV (2017-2018)
Sejarah
Dilancarkan26 Mei 2013; 11 tahun yang lalu (26 Mei 2013)
Nama lamaSpacetoon
NET TV
Pautan
Laman webwww.netmedia.co.id
Ketersediaan
Terestrial
Ambon33 UHF
Balikpapan28 UHF
Banda Aceh29 UHF
Bandar Lampung33 UHF
Bandung35 UHF
Banjarmasin30 UHF
Batam48 UHF
Bengkulu34 UHF
Cirebon32 UHF
Denpasar30 UHF
Media penstriman
Indihome TVMDTV

MDTV (singkatan dari Multi Dimensia Televisi, sebelumnya bernama NET TV) adalah sebuah stesen televisyen terestrial swasta di Indonesia yang dimiliki oleh MDTV Media Technologies. Stesen ini menjalankan siaran percubaan sebagai NET. pada 18 Mei 2013 dan dirasmikan pada 26 Mei 2013 jam 19.00 WIB dengan menggantikan siaran terestrial Spacetoon yang pemilikannya telah diambil alih oleh Indika Group. Pada tahun 2024, stesen ini telah dibeli oleh MD Entertainment, jadi ia menukar namanya kepada MDTV hingga hari ini.

Selain melalui siaran TV, MDTV juga menyiarkan rancangannya melalui media sosial dan YouTube.[1]

Program Grand Launching NET. ditayangkan secara langsung pada 26 Mei 2013 pukul 19.00 WIB dan disiarkan secara live melalui Youtube dan laman web rasmi NET., dan acara perlancaran ini menampilkan penyanyi antarabangsa seperti Carly Rae Jepsen, Taio Cruz dan juga didukung oleh beberapa artis dalam negara seperti Agnes Monica, Maudy Ayunda, Noah, Raisa, Kahitna, Dewa 19, Andien, Ungu, Reza Rahardian, Andi Rianto dan banyak lagi.[2]

Pada 18 Mei 2014 NET. menyambut ulang tahun pertamanya yang bertajuk NET. ONE (Indonesian Choice Awards 2014) dengan menjemput ramai penyanyi antarabangsa seperti Far East Movement dan Ne-Yo.[3]

Pada 24 Mei 2015, NET. menyambut ulang tahun keduanya dan menjemput penyanyi antarabangsa seperti Demi Lovato & Karmin.[4]

Pada tanggal 29 Mei 2016, NET. menyambut ulang tahun ketiganya dan menjemput penyanyi antarabangsa seperti Jessie J, Dawin & Omi.

Pada tahun 2012, PT Net Mediatama Televisi (NET.) ingin membangunkan sebuah stesen TV yang membawakan sebuah revolusi media yang maju dan lebih moden. Pada pertengahan Mac 2013, PT Net Mediatama Indonesia memperolehi saham milik PT Televisi Anak Spacetoon (Spacetoon) yang sebahagian sahamnya diambil oleh Indika Group sebanyak 95% dari saham Spacetoon. Setelah diperolehi saham kepemilikan Spacetoon ke NET., pada Sabtu, 18 Mei 2013, siaran Spacetoon di jaringan terrestrial menghilang dan digantikan oleh NET. yang memulai siaran perdananya dengan menggunakan frekuensi milik Spacetoon di seluruh mantan jaringan frekuensi Spacetoon di Indonesia.

NET. memulakan siaran percubaan selama satu bulan yang dikira sejak Sabtu, 18 Mei 2013 sehingga menjelang program Grand Launching Media Revolution yang disiarkan secara live pada Ahad, 26 Mei 2013 pukul 19.00 WIB, di Jakarta Convention Center, Senayan, Jakarta Pusat. Siaran percubaan NET. bermula dari pukul 05.00 WIB-24.00 WIB tanpa iklan. Setelah siaran percubaan tamat, jam penyiaran NET. dipanjangkan dari pukul 04.00 WIB-02.00 WIB. Tetapi, sempena bulan Ramadhan, NET. menjadi saluran 24 jam.

Seluruh program-program dari Spacetoon Indonesia dirombak menjadi rancangan yang lebih maju dan lebih moden, tetapi NET. tetap menayangkan 5 program kartun dari Spacetoon yang disiarkan setiap Isnin-Jumaat yang bermula dari pukul 13.30 WIB-16.00 WIB di bawah nama "NET. Playground" atau "NETOON" yang pada masa ini tidak ditayangkan lagi.

Pada 3 April 2015, NET. secara rasmi menjadi penaja utama pasukan bola sepak Persija Jakarta selama perlawanan Liga QNB 2015 berlangsung.[5] Sehari kemudian, tepatnya 4 April 2015, NET. juga menjadi sponsor utama Persib Bandung.[6]

Pengurusan

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Jabatan
1 Wishnutama Kusubandio Ketua Pengarah NET.
2 Agus Lasmono Sudwikatmono Pesuruhjaya Utama NET. & Ketua Pengarah Indika Group

Acara/Rancangan kartun

[sunting | sunting sumber]

Cartoon Network

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bikin media Wishnutama akuisisi Spacetoon
  2. ^ "Grand Launching NET". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada 2015-06-28.
  3. ^ Netmedia
  4. ^ [1]
  5. ^ Persija Jakarta Sponsor Utamanya kini Net TV
  6. ^ Persib Gandeng Net TV untuk QNB League 2015

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Kelompok templat